Tempat Utama Jin Dalam Tubuh Badan Kita

TAHUKAH ANDA, DI MANA TEMPAT DUDUK UTAMA JIN APABILA MASUK KE DALAM BADAN KITA?

Ketahuilah apabila jin masuk ke dalam badan manusia, bahagian atau tempat pertama dan paling utama yang akan ia kuasai ialah di otak dan juga tulang belakang yang berhampiran dengan urat saraf. Tujuannya mudah sahaja  apabila mereka telah menguasai dua tempat tersebut, jin dengan mudah akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi manusia tersebut.

Anda boleh lihat sendiri buktinya  mereka yang telah disihir. Manusia yang telah disihir ini akan berubah pemikiran dan emosinya. Sebagai contoh, seseorang yang telah terkena sihir pemisah, biasanya seorang suami atau isteri yang sangat menyayangi pasangannya akan berubah perasaanya kepada benci yang teramat sangat.

Berdasarkan pengalaman saya juga,selain dari apa yang saya perhatikan, pesakit-pesakit yang terkena gangguan jin akan mengalami apa yang dipanggil “anxiety level” atau tahap kebimbangan yang tinggi.

Pesakit yang terkenan gangguan jin ini mengalami gejala “anxiety level” yang tinggi, mereka akan sering berasa takut, risau, bimbang, dan gelisah tanpa mengetahui apa puncanya.

Lebih kronik, gejala “anxiety level” ini akan menjadikan mereka berasa lebih takut apabila berada di tempat-tempat yang mempunyai ramai orang, contohnya di dalam bas, pasaraya, bahkan masjid sekalipun terutamanya ketika solat Jumaat.

Anda alami “anxiety level” tak? Jika ada, buka bacaan ruqyah, dengar kemudian lihat sebarang tindakbalas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *