Khasiat Daun Bidara

Sebelum ini ramai dari kita yang mengetahui daun pokok bidara mempunyai banyak kemanfaatannya tersendiri, tetapi ianya lebih dikenali untuk di gunakan bagi memandikan jenazah bagi orang Islam. Kebiasaanya dengan jenazah akan di mandikan 3 kali  dan mandian pertama ialah dengan menggunakan air yang di campur dengan daun bidara,Untuk pengetahuan anda, penggunaan daun bidara ini, bukan sekadar kepercayaan tradisi sebaliknya ia adalah sunnah daripada Rasulullah S.A.W sendiri.

Manfaat daun bidara ini telah disebut di dalam Surah As-Saba’ ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28 dan seperti juga subjek lain, sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya seperti diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya.

Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.

Ianya juga disebut di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi’raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana.

Dan daun bidara juga amat bagus bagi wanita, di sunatkan bagi mereka untuk di gunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid.

Selain itu daun bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan penyakit gangguan ghaib. Daun bidara tidak hanya dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru memeluk agama Islam atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan malaria.

Banyak kisah-kisah yang dikongsikan kaedah merawat sihir dengan daun bidara :

Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah S.A.W, tetapi ulama’ Salaf telah sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak.

Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut:

Ambil 7 helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman (air mineral atau yang seangkatan dengannya).
Baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi.
(Hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi,Gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah.)

Ramai juga dikalangan kita yang tidak mengetahui yang daun bidara juga boleh digunakan sebagai  kaedah untuk merawat lelaki yang tidak boleh berjimak dengan isteri kerana telah disihir.

Cara-caranya ialah:

Ambil 7 helai daun bidara, tumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan ke dalam bekas yang berisi air.
Baca surah-surah berikut dan hembuskan pada air; Ayat Kursi,Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al- A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha.
(Kemudian minum air tersebut sebagai 3 kali dan lebihannya digunakan untuk mandi,Insya-Allah, penyakit akan sembuh. Digalakkan mengulang amalan ini sebanyak 2 ke 3 kali sehingga penyakit benar-benar sembuh.)

Kesemua kaedah-kaedah ini anda boleh mencuba sendiri atau mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Ingat!, kiita hanya berikhtiar dan hanya Allah sahaja yang menentukan-Nya.

Jazakallahu khairan.

Dari Aisyah Radhiyallahu ‘Anha Bahawa Asma Binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha Bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam Tentang Mandi Haid,Maka beliau bersabda (Maksudnya):

Salah seorang diantara kalian (wanita)mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya,Kemudian dia menuangkan air diatas kepalanya,lalu menggosok-gosokkanya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya,Kemudian dia menyiramkann air ke seluruh badannya,lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang di beri miyak wangi kasturi,Kemudian dia bersuci dengannya,Maka Asma’Berkata “Bagaimana Aku Bersuci Dengannya?”Beliau bersabda “Maha Suci Allah “maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau Mengikuti(mengusap) bekas darah(dengan kain/kapas itu)”.Hadith Riwayat Muslim.

Segala sesuatu yang telah diciptakan oleh ALLAH di muka bumi ini seluruhnya tidak ada yang tidak mempunyai manfaat,segalanya dari yang ada di langit hingga yang ada di dasar bumi mempunyai manfaat,tiada sedikitpun yang sia-sia dimuka bumi ini.

ALLAH menciptakan alam ini dan menjadikan manusia sbagai khalifah di alam ini adalah suatu hakikat ilmiah dan tidak perlu diperdebatkan di kalangan cendekiawan. Sebagaimana difirmankan ALLAH,

“Dan kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat.” (QS. Al-Isra’ [17]:82).

Memang terlalu besar sekali manfaat yang boleh kita prolehi dan manfaat kan dari sebatang pokok buah bidara untuk kegunaan dari segi perubatan. Hanya sebelum ini ramai yang tidak ketahui akan kebesaran yang alllah swt berikan pada daun bidara  ini.

Jika Anda Nak Rasa Tenang, Segar dan Sihat Seperti Mandi Air Terjun? Nak Wangian Seperti Istana? Kami disni ada menjual produk muslim yakni Gel Mandian Daun Bidara. 100% natural. Dapatkan Gel Mandian Bidara keluaran BidaraTerapi Disini.

Klik Button Diatas Untuk Whatapps Kami(hanya pengguna dari handphone )

Gel Mandian Bidara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *